fbpx

Kertas siasatan kes sorok pil kuda dalam tahi lembu dirujuk TPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat Zani (tengah) menunjukkan sebahagian pil kuda yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Pasir Mas, Pasir Mas pada minggu lalu.

KOTA BHARU – Kertas siasatan melibatkan penahanan lima suspek termasuk pasangan suami isteri yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda seberat 35.4 kilogram (kg) dengan nilai RM5.04 juta di Pasir Mas dan Tumpat dekat sini dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR), hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, tindakan itu dijalankan selepas siasatan terhadap kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 39 tahun itu selesai.

“Kita akan merujuk kertas siasatan kes itu kepada TPR hari ini. Jadi, kita tunggu keputusan TPR.

“Jika boleh dituduh, kita akan dakwa kesemua suspek dalam masa sehari dua ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kama Azural memberitahu, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Kesemua suspek ketika ini sedang menjalani tempoh tahanan reman sehingga Jumaat ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, taktik licik sepasang suami isteri yang merupakan pemilik sebuah kedai makan menyembunyikan dadah jenis pil kuda seberat 19.86 kg di dalam timbunan tahi lembu di sebuah kandang di Kampung Bukit Tunku, di sini, terbongkar dalam enam siri serbuan, pada 27 Jun lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Mat Zani @Mohd Salahuddin Che Ali berkata, taktik itu terbongkar selepas polis menyerbu rumah pasangan berkenaan di Banggol Chicha dan menemul pil kuda seberat 112 gram.

Katanya, polis kemudian menyerbu kandang lembu di bela-kang sebuah lagi rumah pasangan suami isteri itu di Kampung Bukit Tunku di sini sebelum menjumpai sebanyak 19.86 kg pil kuda yang disembunyikan di dalam timbunan tahi lembu.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan seberat 35.4 kg dengan nilai RM5.04 juta dan dipercayai untuk dijual kepada golongan pelajar.

“Siasatan lanjut mendapati, pasangan suami isteri itu turut memiliki beberapa perniagaan termasuk restoran makanan laut, perniagaan dalam talian dan salun untuk menjalankan kegiatan pengubahan wang haram, hasil jualan dadah” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI