fbpx

EPL: Kedudukan Onana belum selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONANA

MANCHESTER – Walaupun menyatakan komitmen untuk terus kekal di Old Trafford, penjaga gol Manchester United, Andre Onana harus bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk menyertai kelab lain.

Ketika ini The Red Devils dilaporkan sudah meletakkan tanda harga £30 juta (RM173.3 juta) kepada mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan bintang dari Cameroon berkenaan pada jendela perpindahan musim panas.

Berdasarkan laporan media di Perancis, AS Monaco berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu, namun tidak bersedia untuk melunaskan bayaran berkenaan menyebabkan mereka terus memantau perkembangan sekiranya United bersedia mengurangkan harga itu.

Pengendali United, Ruben Amorim dan jurulatih penjaga gol, Jorge Vital dilaporkan masih gembira dengan komitmen yang diberikan oleh pemain itu, namun tidak menutup pintu mengenai kemungkinan untuk melepaskannya jika menerima tawaran baik.

Sebelum ini, SC Neom turut menyatakan minat terhadap Onana, namun kelab Arab Saudi itu sudah pun menandatangani bintang Poland, Marcin Bulka daripada kelab Perancis, Nice.

United turut dikaitkan dengan spekulasi perpindahan penjaga gol Aston Villa, Emi Martinez, namun Amorim dilapor tidak menjadikan posisi itu sebagai keutamaan pada jendela perpindahan kali ini.

United lebih memberi fokus untuk memantapkan jentera serangan apabila cuba mendapatkan khidmat beberapa lagi pemain apabila lima pemain mereka dijangka meninggalkan pasukan ketika mereka hanya mendapatkan Matheus Cunha setakat ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI