fbpx

[VIDEO] Tengah pandu kereta tiba-tiba jadi gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sekeping iklan gergasi tertanggal daripada papan iklan.

PETALING JAYA – Pemandu dan penumpang sebuah kereta berdepan detik cemas apabila sekeping kain iklan gergasi menutupi kenderaan mereka selepas ia tertanggal daripada papan iklan di tepi jalan.

Insiden berkenaan dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) milik seorang pengguna jalan raya lain yang kebetulan berada di laluan bertentangan, sekali gus merakam detik cemas tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap pemandu tersebut selain menyarankan agar tindakan undang-undang diambil terhadap pihak pengiklan atau pemilik papan iklan terbabit.

“Tahniah, anda (mangsa) sudah menang loteri saman. Pergi cari peguam secepat mungkin, minta dia uruskan demi keadilann untuk awak,” komen @Rizalzzz.

“Kes ini boleh saman. Nombor telefon syarikat ada pada tiang iklan itu. Buat laporan polis dan lantik peguam. Ini boleh jadi peluang untuk mangsa itu dapatkan pampasan untuknya,” komen @EmreeJaa.

“Wah, mesti ramai peguam mahu ambil kes ini sebab kalau menang, silap-silap boleh jadi jutawan,” komen @MuhammadZaimi. – KOSMO! ONLINE

@heavanessa 7 July 2025 @ 5.25pm. Federal Highway. Milo billboard flew and fell on a moving car. Footage from my dash cam #FederalHighway #Billboard #MiloBillboard #Milo ♬ original sound – Heavanessa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI