fbpx

Situasi Holgado resahkan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOLGADO turut dikaitkan dengan spekulasi meninggalkan kelabnya selepas dua lagi pasukan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

STATUS penyerang warisan skuad Harimau Malaya, Rodrigo Holgado menjadi tanda tanya selepas disisihkan daripada skuad America de Cali pada aksi persahabatan Siri Colombia menentang Deportivo Pereira awal pagi semalam.

Khidmat Holgado seakan tidak diperlukan oleh pengendali baharu pasukan, Diego Raimondi selepas turut diketepikan daripada bangku simpanan dengan pasukan gergasi Colombia itu tewas dengan keputusan 1-2.

Menurut laporan media tempatan di Colombia, Holgado mengalami kecederaan dan barisan kejurulatihan tidak mahu mengabil risiko untuk menurunkan pemain berusia 30 tahun itu terlepas aksi pembukaan liga bertemu Llaneros FC pada 12 Julai ini.

“Rodrigo Holgado tidak bersama pasukan kerana mengalami kecederaan hamstring. Namun, dia boleh kembali berlatih dengan pasukan esok (hari ini),” kata wartawan tempatan, Nany Florez menerusi laman sosial X.

Sebelum ini terdapat laporan Holgado bakal berhijrah dengan satu lagi kelab ternama Colombia, Millonarios FC dikatakan cukup berminat untuk menandatanganinya pada jendela perpindahan ini.

Malah, Holgado turut dikaitkan pulang ke kampung halamannya selepas kelab Argentina, Gimnasia La Plata sedia untuk berbincang untuk menebus kontraknya yang dilaporkan bakal berakhir pada tahun depan.

Namun, Holgado yang menjaringkan tujuh gol buat skuad El Rojo musim ini sebelum ini telah mendedahkan keputusan menghormati kontraknya sekali gus kekal bersama pasukan pada baki saingan tahun ini.

Keputusan Holgado itu sudah pasti memberi kelegaan buat peminat bola sepak tanah air yang mahu pemain itu terus beraksi dalam saingan liga kompetitif di luar negara berbanding memilih beraksi di Liga Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI