fbpx

Ramai marah Thai Hot Guy mahu buka cawangan di KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Konsep restoran yang ingin diketengahkan oleh pemilik restoran 'Thai Hot Guy' tersebut di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Hasrat dua ‘Thai Hot Guy’ yang ingin membuka cawangan di Kuala Lumpur mengundang pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan netizen yang menganggap konsep restoran itu tidak sesuai dengan budaya tempatan.

Perkara itu dimaklumkan oleh pemilik restoran berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook Dee Wow, yang menyatakan mereka kini sedang mencari lokasi sesuai di ibu negara bagi mengembangkan perniagaan.

“Kami ada perancangan lebih besar dan buat masa ini lokasi di Bangkok akan ditangguhkan sehingga kami temui lokasi yang sesuai. Selain itu, berita baiknya, kami sedang mencari lokasi di Kuala Lumpur, Malaysia!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Namun, hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi negatif daripada rakyat Malaysia yang rata-ratanya membantah kemasukan restoran berkonsepkan hiburan lelaki berbadan sasa berpakaian tidak sopan itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyuarakan kebimbangan akan pengaruh negatif terhadap masyarakat, terutamanya pada golongan muda.

“Tak perlu buka. Tolong jangan bawa masuk tingkah laku tak senonoh ke Malaysia. Jangan rosakkan generasi muda. Nanti mereka ikut. Hancur anak-anak muda kita,” kata Farahib2006.

“Janganlah normalisasikan benda ni. Budaya macam ni tak sesuai. Fikiran terbuka pun ada batas, yang ni terang-terang salah, baik cegah awal-awal,” komen Nurfarahnazirah.

“Saya memang tak setuju dan tak boleh terima. Jangan bawa budaya macam ni ke negara kita,” tegas Addyjamil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI