fbpx

Mendez bakal pemain baharu JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEKAS pemain Sporting Gijon, Nacho Mendez dikatakan sudah mengikat kontrak JDT.

PETALING JAYA – Calon pemain warisan Harimau Malaya, Nacho Mendez dikatakan sudah mengikat kontrak tiga tahun dengan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Berita ini dikuatkan lagi selepas wujud laporan media Sepanyol, El Comercio yang mengatakan bekas pemain Sporting Gijon itu dikatakan sudah pun memuktamadkan masa depannya dengan berkelana ke Malaysia.

“Mendez sudah memuktamadkan penghijrahannya ke Johor Bahru dengan ikatan tiga tahun. Ada tawaran untuknya kekal di Sepanyol iaitu di saingan divisyen kedua termasuk Levante.

“Namun tiada tawaran konkrit dan Mendez tidak mahu menangguhkan keputusan dan meletakkan dirinya dalam risiko. Pada masa sama Johor melakukan tawaran yang sukar ditolak,” menurut laporan El Comercio.

Sebelum ini, arena bola sepak negara sekali lagi dihidangkan dengan berita Mendez bakal menjadi pemain warisan baharu Harimau Malaya dan dikatakan sedang berada dalam proses akhir untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia.

Sekiranya benar, ia akan memberikan nilai tambah kepada Harimau Malaya yang akan sertai Piala Negara-Negara Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) 2025, hujung bulan depan.

Dalam laporan sama, Mendez pada awalnya teragak-agak kerana ia babitkan perubahan elemen bola sepak, persekitaran dan budaya.

Bagaimanapun, Kiko Insa memujuknya untuk menerima tawaran dan menekankan perkembangan bola sepak Asia dan projek yang sedang dilaksanakan dimana JDT bersaing di Liga Juara-Juara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI