PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur permintaan negara-negara Barat yang mahu Iran mengehadkan program nuklearnya, sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak adil dan bersifat ‘double standard’.
Anwar turut mempersoalkan desakan blok Barat, termasuk sekutu mereka, yang mendakwa Iran perlu memperluaskan program nuklearnya.
“Adakah permintaan ini adil atau terlalu berlebihan? Kita berpandangan situasi ini berbeza dengan negara lain. Jika mahu mengamalkan prinsip bukan proliferasi, ia mestilah berdasarkan kefahaman bahawa program itu tidak boleh digunakan sebagai senjata.
“Kalau mahu berlaku adil, jangan hanya ‘tidak’ untuk Iran, tetapi ‘ya’ untuk Israel. Sikap double standard seperti ini amat ketara dan tidak boleh diterima,” katanya pada wawancara bersama France 24.
Menurut Anwar, pendekatan sedemikian tidak lagi realistik seperti era kolonial apabila kuasa besar bebas memaksakan kehendak terhadap negara lain.
“Dulu mungkin mereka boleh kawal fikiran, tetapi sekarang tidak lagi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE