fbpx

1,000 telur pindang kenduri kahwin hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT periuk tempat memasak telur pindang musnah dalam kebakaran di Jalan Matahari 3/1 Taman Matahari, Kluang malam tadi.

KLUANG – Hasrat satu keluarga menyiapkan 1,000 biji telur pindang yang ditempah pengantin untuk majlis perkahwinan pada hujung minggu ini di Pontian tidak kesampaian selepas rumah musnah dalam kebakaran malam tadi.

Herman Mohd Yusuf, 49, berkata, sebelum kejadian, dia memasak juadah itu bermula pukul 8 malam dengan menggunakan empat periuk besar di halaman rumahnya di Taman Matahari 1 di sini.

Katanya, ketika kerja-kerja memasak dilakukan, dia sekeluarga keluar ke rumah ibu mertuanya di Taman Kluang Barat, namun meninggalkan anak lelaki berusia 21 tahun bagi memantau proses agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Bagaimanapun, pada pukul 9.37 malam, saya terima panggilan daripada jiran mengatakan kawasan halaman rumah terbakar sebelum bergegas pulang kerana bimbang keselamatan anak.

“Syukur alhamdulillah, anak saya selamat apabila dia sempat keluar meredah api melalui pintu hadapan menggunakan selimut basah ketika api sedang marak.

“Ketika kejadian, anak saya sedang berehat di dalam bilik dan hanya menyedari kebakaran itu selepas mendapati asap memenuhi ruang rumah dan biliknya,” katanya ketika ditemui.

Menurut Herman, ekoran kejadian itu, dia mengalami kerugian ribuan ringgit dan terpaksa membatalkan tempahan kerana semua periuk dan dapur rosak akibat kebakaran tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI