fbpx

Program Dapur Digital jana RM1.08 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha (tengah) bersama wakil-wakil komuniti Wilayah Persekutuan pada Majlis Penyerahan Kunci Dapur Digital di Menara DBKL 1, hari ini. Foto Oleh AMIR KHALID/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kerajaan terus komited memperkukuh sosioekonomi komuniti berpendapatan rendah dengan melaksanakan 10 lagi projek baharu Dapur Digital di Wilayah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, program yang kini memasuki tahun kedua itu telah menunjukkan impak positif apabila jualan keseluruhan melebihi RM1 juta dicatatkan tahun lalu menerusi lima lokasi projek perintis.

“Ini merupakan persetujuan untuk kita memperkasakan ekonomi komuniti sekelompok dan model pelaksanaan yang kita lakukan adalah public private partnership di mana kita bekerjasama dengan pemain-pemain industri dan juga NGO.

“Ini juga merupakan platform perusahaan di mana mereka bukan sahaja diberi latihan untuk menyediakan menu-menu makanan tetapi kita juga mengajar mereka dari sudut digital marketing macam mana financial, menjaga financial mereka,” katanya selepas Majlis Penyerahan Kunci Dapur Digital 2025 di sini hari ini.

Menurut Dr. Zaliha, inisiatif berkenaan mendapat perhatian dan sokongan Kementerian Kewangan yang memperuntukkan RM5 juta dalam Belanjawan 2025 untuk peluasan Dapur Digital ke 25 lokasi seluruh negara dengan 10 daripadanya di Kuala Lumpur.

Antara lokasi baharu pelaksanaan Dapur Digital tahun ini ialah Program Perumahan Rakyat Seri Semarak, Hiliran Ampang, Seri Alam, Raya Permai, Kampung Muhibbah, Taman Mulia, Beringin, Pangsapuri Sentul Utara, Sri Kedah dan Seri Perlis II.

Tambah Dr. Zaliha, pendekatan Program Usaha Jaya Insan yang menggabungkan latihan masakan, pemasaran digital dan pengurusan kewangan bukan sekadar mencipta peluang pendapatan malah mendorong komuniti PPR membina identiti keusahawanan tersendiri.

“Sekali lagi, saya rakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat, daripada Kementerian Kewangan yang memperuntukkan dana, Jabatan Perpaduan, Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL yang menyelaras dari peringkat pelaksanaan.

“Kepada semua penerima kunci hari ini, anggaplah ini sebagai amanah untuk mengubah hidup anda dan keluarga, dan saya harap, selepas ini saya dapat kembali lagi ke sini untuk mendengar kisah-kisah kejayaan baru dari dapur anda sendiri,” ujarnya.

Projek Dapur Digital merupakan satu usaha memperkasakan komuniti B40 khususnya ibu tunggal dan golongan belia melalui inovasi ekonomi digital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI