PETALING JAYA – Pelakon Bell Ngasri mencuri perhatian ramai apabila tular video di gelanggang media sosial memaparkan dia didatangi seorang warden parking di New Zealand hanya kerana individual terbabit ingin mendapatkan tandatangannya.
Bell atau nama penuhnya Ngasrizal Ngasri, 44, dilihat terkejut dengan tindakan individu tersebut kerana menyangka dirinya akan disaman selain tidak menyangka mempunyai peminat di luar negara.
Situasi ‘cemas’ tersebut berlaku ketika sedang bersiar-siar di bahu jalan bersama Fattah Amin, Amira Othman dan Irfan Haris, sebelum didatangi warden parkir berkenaan.
“Ini bukan kena saman ya?
“Saya takut kalau kena saman,” katanya ringkas kepada warden parkir itu.
Difahamkan, wanita yang bertugas sebagai warden parkir itu berasal dari Malaysia.
Momen mencuti hati itu tersebut mengundang banyak komen netizen selain mengusik Bell lebih popular daripada Fattah yang turut berada di lokasi sama.
“Dia lebih memilih Bell daripada Fattah.
“Siapa je tak kenal yak yak yeh!
“Ini baru betul definisi popular, yak yak yeh sampai luar negara!” usik netizen.
Difahamkan, Bell dan beberapa artis lain termasuk Fattah, Amira, Datin Paduka Umie Aida, Datuk Remy Ishak dan Nora Danish berada di New Zealand bagi menjalani penggambaran sebuah naskhah berjudul Poskad Cinta Dari Auckland. – KOSMO! ONLINE