fbpx

CWC: Bayern hilang Musiala lima bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUSIALA mengalami kecederaan serius dan perlu menjalani pembedahan yang memakan masa selama empat hingga lima bulan untuk pulih. - AFP

MUNICH – Gergasi Jerman, Bayern Munich mengesahkan bintang mereka, Jamal Musiala mengalami patah kaki dan terkehel buku lali susulan insiden ngeri ketika aksi suku akhir Piala Dunia Kelab menentang Paris Saint-Germain (PSG) pada Sabtu lalu.

Musiala terpaksa dikeluarkan menggunakan pengusung selepas bertembung dengan penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma di garisan tepi padang dan dilihat menjerit kesakitan sambil memegang pergelangan kaki kirinya.

Pemain tengah Jerman itu telah diterbangkan pulang ke Munich dan dijadualkan menjalani pembedahan dengan tempoh pemulihannya dijangka mengambil masa panjang antara empat hingga lima bulan.

“Ia kejutan besar buat kami semua. Jamal (Musiala) sangat penting, bukan hanya dari sudut taktikal, tetapi juga sebagai insan yang disayangi semua orang dalam kelab ini.

“Dia baru pulih daripada kecederaan sebelum ini dan sekarang terpaksa pula berehat panjang semula. Kami akan beri sokongan penuh dan yakin dia akan kembali lebih kuat,” kata Pengarah Sukan Bayern, Max Eberl.

Kapten pasukan, Manuel Neuer turut mempersoalkan sikap Donnarumma yang mengambil masa terlalu lama untuk menunjukkan rasa prihatin selepas insiden tersebut.

“Saya kata padanya, ‘kau patut pergi tengok Jamal sebab dia mungkin perlu bermalam di hospital.’ Dia akhirnya pergi juga, tapi sepatutnya berlaku lebih awal,” kata Neuer.

Sebagai rekod, Musiala sebelum ini baru pulih daripada kecederaan jangka panjang dan kini dijangka terpaksa berehat sehingga sekurang-kurangnya awal 2026. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI