fbpx

Taklimat khas tragedi Putra Heights selepas sidang DUN selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insiden letupan paip gas yang berlaku di Putra Heights, Selangor sebelum ini. - GAMBAR HIASAN

KLANG- Taklimat khas insiden letupan saluran paip gas Putra Heights kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan diadakan selepas selesai hari pertama sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, taklimat tersebut dibuat selepas sidang kerana banyak maklumat teknikal yang memerlukan pasukan penyiasat memberikan penjelasan kepada ahli Parlimen dan DUN, supaya maklumat yang diperoleh mereka adalah tepat.

“Saya hendak (ahli Parlimen dan DUN) faham aspek teknikal dan tidak mempunyai persepsi tertentu dan salah. Saya tidak mahu mereka bercakap perkara yang salah dalam sidang DUN.

“Jadi, biar mereka faham skop, punca kejadian itu berlaku dan sebagaimana ketika mendengar taklimat itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kempen Bebas Plastik Siri 2 2025 di Laman Seni Safari di sini, hari ini.

Amirudin memaklumkan pihak Jawatankuasa Teknikal yang menyiasat tragedi letupan paip itu, iaitu polis, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan beberapa pihak yang turut terlibat dalam siasatan akan memberi taklimat kepada semua ahli Parlimen dan ADUN yang hadir esok.

Dengan kehadiran ahli jawatankuasa itu, beliau berharap Ahli Parlimen dan DUN akan bertanyakan pelbagai soalan berhubung siasatan insiden terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI