fbpx

4 cedera Perodua Alza terjunam dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menyelamatkan mangsa di Jalan York, George Town petang tadi

 

GEORGE TOWN – Empat individu cedera termasuk tiga parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke sungai di Jalan York di sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohd. Barak Abdul Latiff, 64, mengalami cedera ringan manakala tiga lagi, Rashidah Bee Shaik Mydin, 54; Fatimah Beevi P.M. Mydin, 59; dan Mydin Fatimah P.M. Mydin, 63, mengalami kecederaan parah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian pukul 3.41 petang dan mendapati kesemua mangsa terperangkap dalam kenderaan.

”Anggota berjaya mengeluarkan semua mangsa kira-kira pukul 4 petang. Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke hospital berhampiran menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan unit EMRS JBPM untuk rawatan lanjut,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI