fbpx

Penjawat awam disengat lebah ketika daki Bukit Batu Sawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengusung seorang pendaki yang disengat lebah ketika mendaki Bukit Batu Sawa di Jelebu hari ini.

JELEBU – Pasukan bomba membawa turun seorang pendaki yang cedera selepas disengat serangga dipercayai lebah di Bukit Batu Sawa, di sini, pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) 1, Kamaruzaimi Mohd. Harith berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.23 pagi dari pihak paramedik bagi membantu membawa turun mangsa yang dalam keadaan separuh pengsan di bukit berkenaan.

Menurutnya, sepasukan 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jelebu dan Simpang Pertang dikejarkan ke lokasi bagi membawa turun mangsa yang berada dalam jarak 600 meter dari kaki bukit.

“Mangsa berusia 32 tahun yang merupakan penjawat awam naik ke bukit berkenaan bersama rakan-rakannya dari Kuala Lumpur.

“Mangsa berjaya dibawa turun dengan selamat oleh pasukan keluaran operasi (PKO) menggunakan pengusung kira-kira pukul 12.17 tengahari,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Kamaruzaimi lagi, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI