fbpx

Lelaki arah singa peliharaan serang pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki membiarkan singa peliharaannya menyerang salah seorang pekerjanya. - Instagram

TIRPOLI – Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki di Libya membiarkan singa peliharaannya menyerang seorang pekerja semata-mata untuk hiburan, lapor portal berita Republic TV hari ini.

Haiwan buas itu ditambat dengan tali sebelum menerkam ke arah mangsa yang panik dan bergelut untuk menyelamatkan diri.

Singa terbabit kemudian berhenti mengejar lelaki tersebut selepas ia dipanggil oleh pemiliknya.

Video itu menjadi tular dengan ramai pengguna media sosial menyifatkan perbuatan itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Wang tidak boleh membeli anda otak, etika atau rasa hormat,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI