fbpx

Dua wanita sesat 3 kilometer ketika mendaki Bukit Broga ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua mangsa yang ditemui selamat oleh anggota bomba ketika mendaki Bukit Broga pagi tadi.

PETALING JAYA – Dua wanita tersesat kira-kira tiga kilometer (km) ketika mendaki Bukit Broga pagi tadi ditemui dalam keadaan selamat oleh sepasukan anggota bomba.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.52 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota bersama jentera serta dua orang anggota Polis Diraja Malaysia telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Sampai dilokasi kejadian, komander operasi menerima maklumat daripada mangsa melalui talian telefon memaklumkan beliau telah tersesat dan tersasar dari landasan pendakian anggaran tiga km dari kaki bukit.

“Anggota bertugas membuat pendakian dan pencarian mengikut beberapa petunjuk yang diberi dan menemui mangsa iaitu dua wanita dewasa dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan,”kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, anggota kemudiannya mengiringi mangsa turun ke kaki bukit dan menyerahkan kepada pihak polis yang telah berada dilokasi untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI