fbpx

Ambulans tak mampu, lori APM bantu bawa pesakit 160 kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM Pasir Puteh bersama petugas kesihatan memindahkan pesakit obesiti dari atas lori semasa tiba di HRPZ II, Kota Bharu, awal pagi tadi. FOTO IHSAN APM

PASIR PUTEH – Petugas kesihatan Hospital Tengku Anis di sini mendapatkan bantuan lori Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memindahkan seorang pesakit yang mempunyai berat badan lebih 160 kilogram (kg) awal pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pasir Puteh, Kapten Pertahanan Awam Nik Mohd. Nor Nik Mat berkata, lelaki berkenaan dipindahkan dari Hospital Tengku Anis ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu dekat ini untuk rawatan lanjut.

“Kami menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1 pagi dan seramai lima anggota termasuk pegawai telah ke Hospital Tengku Anis untuk melaksanakan tugas tersebut.

“Permohonan bantuan itu dibuat susulan kekangan kapasiti ambulans hospital yang tidak mampu menampung berat pesakit berkenaan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Mohd. Nor memberitahu, APM Pasir Puteh menggunakan lori bagi memudahkan proses pemindahan pesakit dengan lebih selamat.

Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian keperluan logistik dan keselamatan pesakit supaya proses penghantaran ke HRPZ II dapat dijalankan tanpa sebarang risiko atau kelewatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI