fbpx

Wimbledon: Alcaraz di landasan tepat cipta sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALCARAZ

LONDON – Bintang tenis Sepanyol, Carlos Alcaraz terpaksa bekerja keras sebelum bangkit menundukkan pemain ranking ke-125 dunia, Jan-Lennard Struff menerusi kemenangan 6-1, 3-6, 6-3, 6-4 awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut mengekalkan misi pemain No. 2 dunia itu untuk memburu gelaran Wimbledon selepas mara ke pusingan keempat.

Bagaimanapun, Alcaraz mengakui dia perlu mengurangkan kesilapan mudah sekiranya mahu mencipta sejarah untuk menjadi pemain lelaki kelima menjuarai Wimbledon tiga kali berturut-turut dalam era Terbuka.

“Saya tahu perlawanan hari ini akan menjadi sukar. Dia (Struff) mempunyai servis yang kencang dan saya perlu memberi tumpuan 100 peratus.

“Apapun, saya sangat berpuas hati dengan segala yang saya lakukan hari ini. Saya bangga dapat meraih kemenangan dalam empat set. Saya berhempas pulas dalam setiap set hari ini,” katanya.

Sebelum ini, Alcaraz hampir dikejutkan dalam aksi lima set oleh pamain veteran Itali berusia 38 tahun, Fabio Fognini di pusingan pertama dan sekali lagi bergelut ketika menewaskan pemain amatur Britain, Oliver Tarvet di pusingan kedua.

Hasil kemenangan tersebut, Alcaraz akan bertemu jaguh Rusia, Andrey Rublev di pusingan keempat nanti selepas pemain ranking No. 14 dunia itu berjaya menamatkan cabaran Adrian Mannarino dari Perancis 7-5, 6-2, 6-3.

Dalam perlawanan lain, pemain pilihan kelima dari Amerika Syarikat, Taylor Fritz menamatkan cabaran Alejandro Davidovich Fokina dari Sepanyol 6-4, 6-3, 6-7 (5/7), 6-1 tanpa perlu melalui lima set seperti dua perlawanan terdahulu.

Pemain tuan rumah, Cameron Norrie melakar kemaraan ke suku akhir buat kali pertama sejak 2022 selepas menewaskan Mattia Bellucci dari Itali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI