fbpx

Liga A1: Kuota import Kelantan Red Warrior dah penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan KRW berjaya mengikat kelab Liga Super, Terengganu FC pada aksi persahabatan malam tadi. - Foto ihsan Facebook Kelantan Red Warrior FC

KELANTAN Red Warriors (KRW) bakal menggunakan tiga pemain import bagi mengharungi cabaran Liga A1 Semi Pro musim 2025/2026.

Pengendalinya, Irfan Bakti Abu Salim berkata, salah seorang daripada pemain import diikat pasukan sudah diturunkan dalam aksi persahabatan menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam dengan perlawanan berakhir keputusan seri 2-2.

“Pada perlawanan malam ini (semalam), kita turunkan Kayden Craig Soper yang berasal dari Australia dan pernah bersama Manjung City FC sebelum ini. Kita pilih atas dasar kerajinannya dan sentiasa bergerak mencari ruang di atas padang.

“Kita juga menanti ketibaan penyerang dari Cameroon yang kini bermain di Kemboja. Difahamkan sudah mendapat visa dan akan tiba di Kota Bharu dalam sehari atau dua hari lagi,” katanya.

Irfan memberitahu, seorang lagi pemain import yang bakal menyertai KRW berasal dari England dan dijangka tiba di Malaysia minggu hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI