fbpx

Ketua gengster dicekup lebih 2,000 kilometer dari negara asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOTIS penangkapan Ismail Abdo dari Sweden. - Foto Interpol

ANKARA – Ketua salah satu pertubuhan jenayah terbesar Sweden yang dituduh bertanggungjawab terhadap lonjakan jenayah kekerasan ditangkap di Turkiye, 2,574 kilometer dari negara asalnya, kata polis Sweden semalam.

Menurut saluran berita  CBS News, polis tidak mendedahkan nama ketua gengster tersebut.

Namun, media Sweden menamakannya sebagai Ismail Abdo, 35. Dia merupakan ketua kumpulan  Rumba yang didakwa mendalangi operasi jenayah di Sweden dari luar negara.

Abdo ialah penjenayah paling dikehendaki di Sweden dan waran tangkap antarabangsa telah dikeluarkan terhadapnya sejak 2024.

Dia pernah mengetuai rangkaian jenayah Foxtrot bersama-sama Rawa Majid iaitu seorang lagi  penjenayah paling dikehendaki  dan disekat daripada memasuki Amerika Syarikat.

Kedua-dua mereka  disyaki mengawal sebahagian besar pasaran dadah di Sweden.

Abdo ditangkap dalam serbuan oleh pasukan keselamatan Turkiye, kata polis.

“Polis Turkiye hari ini (semalam) menahan seorang lelaki Sweden yang selama bertahun-tahun disyaki melakukan jenayah berkaitan dadah dan menghasut jenayah kekerasan serius di Sweden,” kata polis dalam satu kenyataan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI