fbpx

Galeri Nurly Sahirah akan dibuka di UPSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im (tengah) menatap naskhah al-Quran tulisan tangan Nurly di Kampung Gong Pasir, Besut hari ini.

BESUT – Nama Nurly Sahirah Azman yang terkorban dalam nahas bas di Gerik, Perak akan diabadikan dalam galeri berkaitan koleksi mushaf al-Quran dan turath yang akan dibuka di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Galeri Nurly Sahirah tersebut akan ditempatkan di Institut Penyelidikan Tahfiz dan Turath (I-Furqan), UPSI yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Beliau berkata, galeri tersebut akan turut mempamerkan naskhah al-Quran tulisan tangan Nurly atau salinannya dengan kebenaran keluarga.

“Galeri Nurly Sahirah diwujudkan sebagai penghargaan UPSI kepada pelajar ini yang sewaktu meninggalkan kita (meninggal dunia), al-Quran berada di dadanya.

“Anak-anak muda di negara kita harus mengambil contoh kecintaannya kepada al-Quran,” katanya ketika menyantuni keluarga Nurly Sahirah di Kampung Gong Pasir di sini hari ini.

Beliau menyantuni sebahagian keluarga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dan cedera dalam nahas bas persiaran di Gerik, Perak pada 9 Jun lalu menerusi program Ziarah Madani Peduli.

Mohd. Na’im berkata, naskhah al-Quran tulisan tangan Nurly Sahirah boleh menjadi inspirasi buat pelajar-pelajar tahfiz agar boleh menghafal al-quran dengan lebih kuat.

Beliau berkata, ketekunan Nurly menulis ayat al-Quran yang dihafaznya boleh dijadikan teladan kerana ia membantu proses menghafal kitab suci Islam tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI