fbpx

Budak dibela kawanan anjing, hanya pandai menyalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa menahan ibu dan abang mangsa di rumah mereka. - Khaosod English

BANGKOK – Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun ditemui dalam keadaan tidak boleh bertutur dan hanya mampu menyalak, dipercayai dibesarkan oleh sekumpulan anjing liar di Thailand, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Mangsa ditemukan pihak berkuasa dalam satu serbuan di sebuah pondok usang dalam  wilayah Uttaradit, utara Thailand minggu ini. 

Serbuan dilakukan selepas polis menerima aduan daripada pihak sekolah dan aktivis tempatan bernama Paveena Hongsakul. 

Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu tinggal bersama ibu dan abangnya yang berusia 23 tahun dengan masing-masing positif dadah.

“Dia tidak pandai bercakap dan hanya menyalak. Dia juga tidak pernah bersekolah. 

“Si ibu menerima subsidi yang sepatutnya dibelanjakan untuk pendidikan kanak-kanak terbabit. Mangsa bagaimanapun dilarang ke sekolah, manakala wang yang diterima disalahgunakan,” kata Hongsakul. 

Seorang penduduk tempatan berkata, si ibu sering meminta wang dan makanan di kuil. 

“Orang ramai mula muak dengan tingkah laku merek,” katanya.  

Kedua-dua suspek didakwa atas kesalahan pengambilan dadah. 

Mangsa telah dihantar ke Rumah Kanak-Kanak Uttaradit untuk mendapatkan penjagaan lebih sempurna. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI