fbpx

Bapa mentua Hamzah Zainuddin meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLAHYARHAM Abdul Ghani dan arwah isterinya Salmiah

IPOH – Bapa mentua Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin meninggal dunia selepas lebih dua minggu kejadian kebakaran meragut nyawa isterinya pada 19 Jun lalu.

Allahyarham Datuk Abdul Ghani Ngah, 83, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sekitar pukul 2 petang.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, kediaman dua tingkat milik keluarga mentua Ketua Pembangkang itu terbakar melibatkan sebuah bilik di tingkat bawah di Jalan Raja Abdullah, Kampung Sungai Rapat Tambahan di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu, Ibu mentua Hamzah, Datin Salmiah Nyak Matt, 84, yang mendiami bilik tersebut disahkan maut manakala suaminya yang berada di bilik tingkat atas pula mengalami sesak nafas akibat terhidu asap.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI