fbpx

50 cedera, Rom bergegar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LETUPAN kuat menggegarkan ibu kota Itali, Rom semalam. – AGENSI 

ROM – Kira-kira 50 orang cedera selepas letupan besar memusnahkan sebuah stesen minyak di Rom, menyebabkan kerosakan meluas, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Perkhidmatan kecemasan sudah berada di tempat kejadian di kejiranan Prenestino semalam selepas sebuah lori tangki melanggar paip, menyebabkan kebocoran gas dan letupan awal yang lebih kecil sekitar pukul 8.00 pagi (waktu tempatan)

Tidak lama kemudian, letupan besar menggegarkan kawasan itu selepas kebakaran berlaku.

Polis berkata, kira-kira 50 orang cedera dalam kejadian itu.

Rakaman kejadian menunjukkan bebola api gergasi dan asap tebal memenuhi langit, dengan bunyi letupan kedengaran di seluruh Rom hingga menggegarkan tingkap dan bangunan berhampiran.

“Saya melihat letupan pertama bersama bebola api. Tidak lama selepas itu, letupan kedua  yang sangat dahsyat berlaku,” kata saksi kejadian, Massimo Bartoletti

Datuk Bandar Rom, Roberto Gualtieri melawat sisa-sisa stesen minyak yang hangus dan pusat sukan bersebelahan.

Katanya, letupan itu menyebabkan kerosakan besar dan mencederakan penduduk serta sekurang-kurangnya 21 pekerja perkhidmatan kecemasan termasuk polis dan anggota bomba. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI