fbpx

UPSI rangkul anugerah emas, markah tertinggi festival muzik global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHLI pasukan UPSI Wind Orchestra yang meraih anugerah emas dan markah tertinggi dalam kategori terbuka Malaysian International Wind Festival 2025.

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengharumkan nama negara dalam persada peringkat global apabila merangkul anugerah emas dan markah tertinggi dalam Malaysian International Wind Festival 2025 yang berlangsung pada 26 hingga 29 Jun lalu di Universiti Multimedia, Cyberjaya.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, kejayaan pasukan UPSI Wind Orchestra yang dianggotai 71 penuntut universiti itu sememangnya satu perkara yang signifikan kerana melibatkan penyertaan pelbagai institusi dalam dan luar negara.

“Prestasi penuh disiplin dan mutu persembahan yang mengkagumkan. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras, komitmen dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh setiap ahli UPSI Wind Orchestra, pensyarah pembimbing serta semua pihak yang terlibat.

“Ia membuktikan bahawa UPSI bukan sahaja unggul dalam bidang akademik, tetapi juga berjaya melahirkan bakat seni bertaraf antarabangsa,” katanya di sini hari ini.

Pasukan itu dibimbing pensyarah berpengalaman iaitu Mohd Mustaqim Abdullah, Aiman Ikram Uyub, Zamrus Hashim dan Wan Mohd Syaril Annuar Wan Mohd Harith. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI