KUALA LUMPUR – Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang berjaya ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai mengumpul dana dan merekrut ahli untuk kumpulan pengganas di Bangladesh dan Syria.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, rangkaian berkenaan mengumpul dana melalui pembayaran yuran keahlian sebanyak RM500 seorang bagi tempoh setahun serta sumbangan lain bergantung kepada kemampuan.
Menurutnya, Malaysia bukan merupakan negara sasaran atau transit untuk melaksanakan aktiviti keganasan, sebaliknya dijadikan destinasi untuk mendapatkan peluang pekerjaan dalam sektor buruh seperti kilang, pembinaan dan perkhidmatan.
“Wang yang dikumpul ini kemudian dikumpul dan disalurkan ke luar negara menggunakan aplikasi e-dompet dan perkhidmatan penghantaran wang antarabangsa.
“Walaupun siasatan masih berjalan, polis mengesahkan terdapat sejumlah wang yang telah dihantar ke negara asal bagi menyokong operasi kumpulan ini,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE