fbpx

Durian Musang King serendah RM7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail buah durian dijual di Singapura. - Foto AFP

SINGAPURA – Polis Singapura memberi amaran tentang iklan mempromosikan makanan murah di media sosial, lapor portal berita Stomp hari ini.

Mangsa tidak curiga akan terpikat dengan iklan tersebut  yang menawarkan diskaun  tinggi untuk makanan popular seperti durian Musang King pada harga serendah SGD$1.99 (RM7).

Mereka akan mengklik pada pautan pelokasi sumber seragam (URL) dalam iklan untuk membeli barangan.

Namun, mereka akan dihalakan ke tapak web pancingan data yang meminta maklumat peribadi dan butiran perbankan.

Malah ada yang menerima permintaan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memasukkan kod log masuk perkhidmatan dompet wang online, YouTrip.

Mangsa kemudian dimaklumkan tentang log masuk baharu ke akaun YouTrip mereka.

Sekurang-kurangnya SGD$48,000 (RM159,000) telah hilang akibat penipuan pancingan data daripada iklan berkaitan makanan sejak 15 Jun lalu dengan lebih 77 kes dilaporkan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI