fbpx

Doa dan kasih ibu tiada penghujung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Zarith Sofiah berkenan menziarahi makam anakanda tercinta hari ini. Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

PETALING JAYA – Sempena ulang tahun keputeraan Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim yang disambut pada 5 Julai setiap tahun, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menziarahi makam anakanda tercinta hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berangkat tiba di Makam DiRaja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru pada pukul 3 petang.

“Doa dan kasih seorang ibu tiada penghujung. Bacaan surah Yasin dan tahlil turut diadakan untuk Almarhum Tunku Abdul Jalil.

“Almarhum Tunku Abdul Jalil mangkat pada 5 Disember 2015,” kata kenyataan itu.

Almarhum Tunku Abdul Jalil merupakan anakanda keempat serta putera ketiga kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI