fbpx

Bonjour Paris! – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama delegasi Malaysia telah selamat tiba di Paris, Perancis bagi memulakan lawatan rasmi atas undangan Presiden Republik Perancis, Emmanuel Macron. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi Malaysia telah selamat tiba di Paris, Perancis bagi memulakan lawatan rasmi atas undangan Presiden Republik Perancis, Emmanuel Macron.

Lawatan ini dijangka memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Perancis serta membuka ruang baharu dalam pelbagai bentuk kerjasama strategik melibatkan sektor perdagangan, pelaburan, pertahanan, pendidikan, pelancongan dan hubungan antara rakyat.

Menurut Anwar, beliau akan mengadakan pertemuan empat mata bersama Presiden Macron di Istana Élysée pada keesokan harinya untuk membincangkan hala tuju baharu hubungan diplomatik yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.

“Bonjour Paris! Insya-Allah, esok saya akan mengadakan pertemuan empat mata bersama Presiden Macron di Istana Élysée, bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Perancis yang sedia terjalin.

“Kami turut akan meneroka potensi kerjasama baharu dalam pelbagai bidang strategik seperti perdagangan, pelaburan, pertahanan, pendidikan, pelancongan dan hubungan antara rakyat,” katanya menerusi catatan di Facebook sebentar tadi.

Selain pertemuan rasmi, Anwar juga dijadual menyertai sesi meja bulat bersama tokoh industri utama Perancis bagi merangsang peluang pelaburan dan perdagangan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Saya juga dijadual menyertai Sesi Meja Bulat bersama tokoh industri utama Perancis bagi memperluas peluang pelaburan dan perdagangan selain menyampaikan syarahan umum di Universiti Sorbonne.

“Semoga lawatan ini akan terus mengukuhkan hubungan persahabatan dan kerjasama erat antara Malaysia dan Perancis, demi manfaat bersama dan kemajuan serantau serta global,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI