fbpx

Kuala Lumpur, Putrajaya hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kuala Lumpur dan Putrajaya diramalkan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, beberapa kawasan di Selangor dan Terengganu turut dijangka mengalami cuaca buruk.

“Di Selangor melibatkan kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Manakala, Terengganu membabitkan daerah Dungun dan Kemaman,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI