fbpx

Hadiahkan gelang emas, Abby Abadi rindu Marissa yang dulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABBY meraikan ulang ke-20 tahun puteri kesayangannya, Marissa semalam dan menghadiahkan si cantik itu gelang tangan emas.

PETALING JAYA – “Mama rindu adik yang dulu.”

Itu antara ucapan dititipkan pelakon dan usahawan, Abby Abadi sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Marissa Dania ke-20 semalam.

Menurut Abby atau nama penuhnya, Arbaiyah Abdul Manan, 47, dia menyifatkan Marissa sebagai anak yang sukar dijangka.

“Selamat hari lahir Marissa, anak yang baik tetapi penuh dengan teka-teki dan sukar untuk dijangka, inilah dia.

“Cepat sangat anak mama membesar. Mama, abah dan adik-beradik sangat sayang serta rindu adik yang dulu,” katanya dalam Instagram semalam.

Abby juga mendoakan agar Marissa menjaga keperibadian dan kuat berdepan sebarang dugaan.

“Terus kuat dan terhebat dijalan-Nya. Solat, aurat dan ikhtilaf terus jaga okey.

“Semoga anak mama kaya dan berjaya dunia akhirat. Sambut kecil-kecilan dahulu.

“Nanti kita tunggu papa yang kaya itu balik dari Sarawak kita sambut lagi okey,” katanya lagi.

LAYAR tangkap ucapan kasih sayang Abby buat Marissa yang dimuat naik dalam Istagram miliknya.

Dalam video sama, Abby dilihat membuat kejutan dengan sebiji kek dan menghadiahkan seutas gelang tangan emas kepada Marissa.

Rata-rata netizen mengakui berasa sebak menonton video tersebut dan mendoakan agar hubungan dua beranak itu kekal baik tanpa sebarang masalah seperti yang berlaku sebelum ini.

Pada April lalu, Abby mencuri perhatian ramai apabila lantang bersuara dalam media sosialnya berkaitan hal keluarga termasuk menyangkal kenyataan suami Marissa iaitu Mohd Aslam yang mendakwa sudah membuat permohonan maaf secara peribadi terhadapnya sebelum ini.

Kontroversi tersebut tercetus apabila Abby meluahkan rasa kecewa terhadap sikap Aslam yang dikatakan tidak menghormatinya sebagai ibu mentua.

Tidak menunggu lama, Marissa membuat kejutan bertemu Abby bagi menjernihkan semula hubungan mereka yang berantakan hampir dua minggu.

Terdahulu, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Pernikahan tersebut menjadi bualan netizen kerana berlaku tanpa pengetahuan keluarga kedua-dua belah pihak termasuk isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI