fbpx

F1: Karier Tsunoda makin terancam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TSUNODA mempamerkan aksi terburuk apabila menamatkan saingan di kedudukan terakhir pada GP Austria hujung minggu lalu. - AFP

SPIELBERG – Karier Yuki Tsunoda dalam Formula Satu (F1) bagaikan ‘di hujung tanduk’ selepas satu lagi aksi mengecewakan di Grand Prix (GP) Austria hujung minggu lalu sehingga ada pemerhati menyifatkan masa depannya dalam sukan itu ‘hampir tamat’.

Pemandu Jepun itu bukan saja menamatkan perlumbaan di tempat terakhir, malah menjadi satu-satunya pelumba yang dipintas dua kali oleh pendahulu perlumbaan.

Lebih memalukan, Tsunoda dihukum penalti 10 saat selepas terlibat insiden pelanggaran dengan pelumba Alpine, Franco Colapinto yang disifatkan sebagai tindakan cuai sekali gus mencerminkan kegagalannya menyesuaikan diri dengan jentera RB21 musim ini.

Apa yang lebih menyakitkan, insiden itu berlaku ketika Red Bull sangat memerlukan aksi cemerlangnya selepas Max Verstappen tersingkir seawal pusingan pertama akibat dirempuh Kimi Antonelli.

Kali terakhir Tsunoda mengutip mata ketika di GP Bahrain dengan kedudukan kesembilan, namun selepas pusingan di Spielberg, dia kini berada di posisi ke-17 carta pemandu apabila hanya meraih 10 mata.

Sementara itu, wartawan F1, Andrew Benson memberi komen paling pedas tentang aksi buruk Tsunoda musim ini.

“Saya rasa kita perlu bercakap tentang Tsunoda. Dia melalui hari yang sangat buruk. Verstappen keluar awal, Red Bull perlukan dia untuk bangkit. Tapi, dia memandu seperti baru lima minit dalam F1, bukan lima tahun.

“Karier F1 Tsunoda kini bergantung pada sehelai benang. Saya tak nampak dia akan terus berlumba musim depan, malah di luar Red Bull sekali pun,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI