fbpx

KD tak lagi menghitung hari, rindu terubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAPAN tahun tiada konsert besar di Malaysia kehadiran Krisdayanti menerusi Konsert Cinta Nostalgia di PICC baru-baru ini cukup untuk mengubat rindu peminat. – ISKANDAR ISHAK

SARAT emosi, itulah gambaran Konsert Cinta Nostalgia bersama Krisdayanti yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 Jun lalu.

Dimeriahkan kehadiran kira-kira 2,300 penonton, persembahan selama dua jam setengah itu menyaksikan penyanyi popular Indonesia itu berkongsi cerita menerusi rangkaian seleksi hit.

Menghitung Hari, Mencintaimu, Cubalah Untuk Setia, Cahaya dan Hati Ini Telah Dilukai antara dendangan yang menggamit nostalgia sebilangan besar peminat tegar Krisdayanti.

Lapan tahun tidak beraksi di pentas besar di Malaysia membuatkan penghibur jelita terbabit tampak teruja kembali ke Malaysia bagi melepaskan kerinduan.

Sanggup turun dari pentas, berjalan mengelilingi dewan sambil menyanyi, menyapa dan berinteraksi dengan hadirin membuktikan keunggulan serta ketulusannya melayani peminat.

Selain persembahan solo, penyanyi berusia 50 tahun itu turut menampilkan penyanyi Mimi Fly dan Khai Bahar untuk bersama-sama memanaskan panggung.

DENgan beg yang masih tersandang di bahu, Siti Nurhaliza menggamatkan konsert sahabat baiknya, Krisdayanti menyanyikan lagu Cindai.

CTKD

Detik paling manis pada malam itu adalah ketika Krisdayanti menghampiri tempat duduk VIP yang diisi Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk K.

Lebih terharu apabila teman baiknya itu menerima pelawaan untuk naik ke pentas dan menyampaikan lagu Cindai secara spontan.

Tambah istimewa apabila Mimi Fly turut menyertai mereka berdua menyanyikan lagu Jika Kau Tak Datang daripada album kolaboratif ikonik CTKD (Canda, Tangis, Ketawa, Duka) dan simbolik gabungan nama dua diva tersohor itu iaitu CT (Siti) dan KD (Krisdayanti).

Tidak hanya itu, Krisdayanti turut mengundang anak perempuannya yang juga penyanyi, Auralie Hermansyah dan cucu-cucunya, Ameena, Azuta dan Arianna Lemos ke pentas.

Momentum persembahan semakin rancak dengan kehadiran kanak-kanak yang bersama-sama mendendangkan beberapa lagu seperti Timang-Timang dan Bertubi-Tubi.

“Saya masih ingat pada tahun 1998 ketika itu saya dukung Aurel sambil mempromosikan lagu Menghitung Hari.

Tak sangka hari ini saya berdiri di sini bersamanya. Kini, dia seorang wanita dewasa yang sudah memiliki dua anak comel,” luahnya sehingga membuatkan ramai tersentuh.

KRISDAYANTI turut mengundang anak perempuannya yang juga penyanyi, Auralie Hermansyah dan cucu-cucunya, Ameena, Azuta dan Arianna Lemos ke pentas.

Segmen istimewa

Dalam konsert yang dianjurkan JBProduction tersebut, Krisdayanti menyajikan tayangan video ‘throwback’ sedari awal perjalanan karier seninya bermula sekitar 1992.

Video tersebut turut memaparkan bagaimana dia mencipta nama sehinggalah menerima pelbagai anugerah berprestij di Indonesia dan Malaysia.

Klip video berkenaan turut memperlihatkan sosok Siti Nurhaliza dan penyanyi Indonesia Melly Goeslaw yang turut hadir menyaksikan konsert tersebut.

Melihat paparan video, Melly tidak dapat menahan sebak lalu menitiskan air mata kerana dapat menyaksikan rakan baiknya menyampaikan deretan karya yang mengamit memori manis.

Krisdayanti turut mempersembahkan seleksi lain seperti Mahadaya Cinta, Cinta, Yang Kumau, Cobalah Untuk Setia dan I’m Sorry Goodbye.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI