fbpx

Baru ‘join’ Threads, Yusry sudah ketagih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSRY kini sudah ada akaun Threads dan mengakui menguruskan sendiri kesemua akaun media sosialnya.

PETALING JAYA – “Baru sertai Threads beberapa minggu lalu. Tak pernah terfikir saya perlukan satu lagi aplikasi sosial dalam telefon.”

Itu kata penyanyi dan pengarah tersohor, Datuk Yusry Abdul Halim yang berkongsi pengalamannya menggunakan platform media sosial terbaharu itu sebagai sambungan pasif kepada akaun Instagram miliknya.

Menurut Yusry, kesemua akaun media sosial termasuk Instagram dan TikTok dikendalikan sendiri tanpa bantuan pengurus media sosial, sekali gus menjelaskan kenapa dia tidak terlalu aktif di semua platform.

“Tapi biasalah, bila umur dah macam ni, tak banyak masa sangat nak aktif di semua akaun. Semua akaun saya uruskan sendiri (bukan yang palsu, kalau ada), jadi maaf kalau saya tak berapa aktif,” katanya.

Mengulas mengenai interaksi dalam talian, anggota kumpulan KRU itu berkata, media sosial mempunyai sisi positif dan negatif tersendiri, bergantung kepada bagaimana pengguna menggunakannya.

“Kadang-kadang bila luang masa baca dan skrol komen, macam-macam rasa timbul. Ada yang menghiburkan, informatif dan kelakar. Tapi ada juga yang toksik dan terlalu menghukum semua benda. Itulah kehidupan,” ujarnya.

Bagaimanapun, Yusry memilih untuk memberi fokus kepada perkara positif dan mengelak daripada terkesan dengan komen negatif yang sering muncul dalam laman media sosialnya.

“Saya lebih suka lihat yang baik dan abaikan yang buruk. Tapi kita semua pun manusia,” tambahnya.

Dalam pada itu, Yusry turut menitipkan ucapan salam dan sapaan mesra buat semua pengikutnya di sebuah hantaran Threads miliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI