SEOUL – Penduduk Seoul berdepan gangguan luar biasa apabila serangga digelar ’lovebugs’ membanjiri laluan mendaki dan seluruh kawasan ibu kota Korea Selatan, lapor laman berita The Guardian.
Pepijat yang dikenali dengan nama saintifik Plecia longiforceps mendapat nama julukan tersebut daripada tabiat mengawan sambil terbang.
Serangga jantan hanya hidup antara tiga hingga empat hari sebelum mati, manakala serangga betina mampu hidup sehingga seminggu dan sempat bertelur di tanah lembap.
Pakar-pakar berkata, perubahan iklim, pembangunan bandar dan pulau haba di Seoul mewujudkan persekitaran ideal untuk spesies itu berkembang ke arah utara.
Lovebugs sebenarnya tidak mendatangkan ancaman kepada manusia disebabkan tidak menggigit dan tidak menyebarkan penyakit. – AGENSI