PETALING JAYA – Aksi seorang peserta wanita yang tenang dan penuh keyakinan ketika beraksi dalam Kejohanan Karom Terbuka Piala Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) 2025 mencuri perhatian ramai di media sosial.
Menerusi perkongsian Pak Tam di TikTok memaparkan wanita berkenaan dilihat kekal fokus dan bijak menyusun strategi sepanjang perlawanan, walaupun berdepan dengan tiga lagi peserta lelaki yang lain.
Dalam klip yang sama, turut kelihatan ketenangan dan ketepatan setiap pergerakan tangan wanita itu nyata membuahkan hasil apabila dia berjaya meraih kemenangan dalam perlawanan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai teruja dengan kemahiran wanita itu, malah tidak menyangka permainan karom yang sering dilabel sebagai ‘hanya untuk santai’ sebenarnya menuntut fokus dan strategi yang tinggi.
“Wah, hebat betullah kamu ini. Aku ini pandai jentik tangan anak sahaja,” kata Raidell84.
“Main ini memang jiwa lembut tapi ‘power’ (hebat),” balas Honey Star.
“Akak memang padu, tahniah kak!” komen Azreen.
Setakat ini, hantaran berkenaan telah mendapat lebih 30,000 jumlah tontonan. – KOSMO! ONLINE
@spenderusang First game melaka open. #karom ♬ မူရင်းအသံ – Thar Sis Singer