fbpx

Pegawai MPD didakwa beri projek pusat kucing terbiar kepada ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Hanif (dua dari kiri) didakwa salah guna kuasa beri tender projek kepada ibubapa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas Penolong Juruukur Bahan Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kuasa untuk menyerahkan tender projek kepada syarikat ibu bapanya pada enam tahun lalu.

Tertuduh, Mohammad Hanif Ahmad,39, membuat pengakuan tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman.

Berdasarkan pertuduhan, Mohammad Hanif qmenggunakan kedudukannya sebagai Ahli Jawatankuasa Penilaian Tender dan Sebut Harga MPD dengan mengesyorkan tender pembinaan pusat pemeliharaan kucing terbiar diberikan kepada syarikat milik ibu bapanya.

Projek yang dibina di Taman Rimba Bandar Bukit Bauk, Dungun tersebut bernilai RM150,000.

Kontrak projek pembinaan terbabit kemudiannya telah dianugerahkan kepada syarikat milik ibu bapa tertuduh dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga MPD pada 9 Mei 2019.

Mohd. Azhar kemudiannya menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI