fbpx

Mayat ibu, anak ditemui hampir reput dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat dua beranak ditemukan hampir reput di dalam sebuah rumah di Jalan Bukit Gambir, petang tadi

GEORGE TOWN – Mayat seorang wanita dan anak perempuannya yang masih kecil ditemukan dalam keadaan menyayat hati di dalam sebuah rumah di aras 9, Jalan Bukit Gambir di sini, petang tadi.

Difahamkan, bau busuk dari kediaman apartmen berkenaan sejak beberapa minggu lalu telah membongkar penemuan mayat dua beranak yang masing-masing berusia 40-an dan dua tahun itu.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian termasuk tempoh kematian masih dalam siasatan pihak polis.

Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI