fbpx

Gabungan teknologi dan sentuhan empati Zurich Malaysia perkukuh pengalaman pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hari ini, insurans dan takaful bukan lagi sekadar sebagai perlindungan kewangan, tetapi juga menyediakan bantuan yang tepat pada masanya, terutama ketika pelanggan berdepan detik paling sukar dalam hidup mereka.

Dalam era pendigitalan yang terus membentuk landskap insurans dan takaful di Malaysia, Zurich Malaysia kekal komited untuk memberikan pengalaman pelanggan yang bukan sahaja cekap dari segi teknologi, tetapi juga dengan empati.

Di Zurich Malaysia, pendekatan ini bukan sekadar strategi, tetapi komitmen untuk memberi sokongan cekap dan penuh keprihatinan, memastikan pelanggan mendapat bantuan yang sepatutnya diterima.

Gabungan teknologi digital dan bantuan khidmat pelanggan yang menerapkan empati memastikan perkhidmatan yang diberi bukan sahaja memenuhi, malah melebihi jangkaan pelanggan.

“Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna bukan sekadar slogan yang terpampang di dinding. Ia adalah prinsip yang kami pegang setiap hari,” tegas Ketua Pegawai Operasi Negara, Zurich Malaysia, Ally Robertson.

“Pendigitalan bukan hanya tentang kepantasan atau mengurangkan halangan.

“Ia memperkasakan kakitangan kami untuk bertindak dengan empati, bermaklumat dan bermatlamat, terutamanya ketika pelanggan kami sedang berdepan dengan detik paling sukar dalam hidup mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara banyak kehidupan yang telah dibantu oleh Zurich Malaysia sepanjang tahun lalu, kisah-kisah berikut mencerminkan beban emosi yang dialami serta bagaimana perlindungan yang tepat pada masanya memberi impak yang besar apabila kehidupan tiba-tiba berubah.

Di Johor, Nor Hasimah Ahmad Shukri terpaksa membesarkan anak kecilnya selepas kehilangan suami tercinta akibat kanser. Dalam kesedihan dan ketidaktentuan, beliau memerlukan bantuan segera untuk menstabilkan kewangan keluarganya.

Sistem pengesahan dan pembayaran digital Zurich Malaysia memastikan tuntutan kematian suaminya diproses dengan pantas, membolehkan beliau menerima bantuan yang diperlukan untuk menjamin masa depan keluarga.

Satu lagi kes yang lebih rumit berlaku di Kota Bharu, di mana Hasnira Mat Jusoh mendapati suaminya yang telah meninggal dunia tidak menamakan pewaris dalam polisi insuransnya.

Apa yang kebiasaannya menjadi proses rumit dan memakan masa, diselesaikan dengan bantuan rekod dalaman dan tindakan susulan oleh kakitangan Zurich Malaysia. Wanita ini dibimbing sepanjang proses tuntutan sehingga pembayaran diselesaikan sepenuhnya dan ia merupakan peringatan bahawa ketika sistem itu penting, tindakan susulan adalah lebih bermakna.

Sementara itu, tragedi mengejutkan letupan gas di Putra Heights mengakibatkan Zainuddin Abdul Halim dan anaknya terkesan akibat kerugian sepenuhnya terhadap kenderaan mereka.

Di sebalik kekalutan tersebut, platform tuntutan digital Zurich Malaysia yang mesra pengguna membantu mereka memfailkan laporan, memuat naik dokumen sokongan dan menjejaki status tuntutan dengan mudah, sekaligus meringankan beban mereka pada saat yang mencabar,

Ketua Pegawai Operasi, Harta Benda dan Kemalangan, Zurich Malaysia, Iris Dang berkata, perkara yang paling penting bagi pihaknya ialah bagaimana untuk membantu pelanggan pada saat-saat sukar mereka.

“Kisah-kisah seperti ini mengingatkan kami bahawa insurans/takaful bukan hanya mengenai polisi/sijil dan bayaran tuntutan, tetapi bagaimana kami mendengar dengan empati, faham keperluan unik pelanggan, dan sentiasa membantu dengan cara yang jelas dan prihatin.

“Pasukan kami dilatih untuk bukan sahaja menguruskan transaksi, malah turut membina hubungan bermakna, memastikan setiap interaksi tertumpu kepada apa yang benar-benar diperlukan oleh pelanggan.

“Sentuhan manusia seperti ini sangat penting ketika kita menghadapi ujian dalam kehidupan,” ujarnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana Zurich Malaysia sentiasa membantu pelanggannya, sila layari zurich.com.my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI