fbpx

5 jam bertarung nyawa selepas terlibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kemalangan membabitkan nahas dua buah motosikal di Kilometer 23.6, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) (arah ke Port Dickson), pagi tadi - Foto IHSAN POLIS

PORT DICKSON – Seorang remaja lelaki maut selepas kira-kira lima jam bertarung nyawa susulan terlibat dalam sebuah kemalangan di kilometer 23.6, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) arah ke Port Dickson di sini pada pukul 7.45 pagi tadi.

Kejadian berlaku apabila motosikal mangsa yang berusia 19 tahun itu bergesel dengan sebuah motosikal lain sebelum terbabas ke bahagian kiri jalan sehingga terjatuh ke dalam longkang.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala telah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di zon merah Hospital Port Dickson kira-kira pukul 1.40 tengah hari.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, kemalangan melibatkan motosikal jenis Yamaha 135LC milik mangsa, dengan motosikal SYM Sport Bonus ditunggangi anggota tentera berusia 32 tahun.

“Kedua-dua penunggang motosikal bergerak dari arah Seremban menghala ke Port Dickson. Keadaan anggota tentera berkenaan pula mengalami kecederaan di bahagian lutut dan tangan dan kini dirawat di zon kuning Hospital Port Dickson,” katanya.

Menurutnya, setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 serta pihaknya sedang mengesan saksi bebas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI