PETALING JAYA – Nasib tidak menyebelahi dua remaja apabila khemah jualan berhampiran sebuah stesen minyak diterbangkan angin kencang.
Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Sasae, memaparkan suasana kelam-kabut apabila payung khemah diterbangkan angin, manakala semua makanan dalam bungkusan yang telah disusun rapi di atas meja bertaburan atas jalan.
Dalam video tersebut turut kelihatan dua remaja perempuan itu sempat menahan payung khemah daripada terbang, namun gagal.
“Tak ada rezeki, habis semua,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan rasa simpati dan menitipkan kata-kata semangat buat dua peniaga muda itu.
“Jangan pernah pertahankan payung yang ingin terbang, nanti diri kita sendiri yang sakit. Apa-apa pun, ‘stay strong’ (terus kuat),” ujar seorang pengguna.
“Ada hikmah di sebalik kejadian. Tabah ya hadapi ujian ini, semoga ada yang lebih baik dari ini,” komen Anwar.
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki, kak,” kata Riko. – KOSMO! ONLINE
@ssasaaeeeetkde rezeki🥹 hbis semua , *simpan sini*