fbpx

Dua beranak juara buat tart nanas, bawa pulang RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosila dan Nafiz Adli muncul juara membuat kuih tart sempena Karnival Nanas Malaysia 2025 di Angsana Mall Johor Bahru. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kreativiti dalam menghasilkan resipi tart nanas unik membawa tuah kepada pasangan ibu dan anak apabila muncul juara pertandingan ‘Tart Nanas Fresh From Oven’ sempena Karnival Nanas Malaysia di Angsana Mall Johor Bahru di sini.

Rosila Ahmad, 55, bersama anak lelakinya, Nafiz Adli Azmi, 24, mengetepikan lebih 100 peserta dari seluruh negara, sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM10,000.

Rosila ketika ditemui berkata, kemenangan tersebut amat mengejutkan kerana penyertaan mereka hanyalah atas dasar suka-suka dan ia kali pertama beliau menyertai pertandingan seperti itu.

“Tart yang kami hasilkan diberi nama Pineapple Rose Cheese Tart. Saya cipta sendiri resipinya dengan sentuhan unik seperti rose flake dan lapisan nanas di bahagian atas,” katanya kepada pemberita di sini.

Karnival Nanas Malaysia mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records selepas berjaya menghasilkan sebanyak 32,400 keping kuih tart nanas oleh 100 peserta sepanjang pertandingan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI