fbpx

‘Cuti umum dah habis, kena tunggu lagi dua bulan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara komen pengguna apabila mengenang nasib menunggu cuti umum yang seterusnya.

PETALING JAYA – “Cuti umum terakhir, selepas ini, tak ada dah cuti umum sampai dua bulan, dah lah Julai dan Ogos ini panjang,”

Demikian luahan pengguna media sosial yang mula ‘bersedih’ apabila menyedari tiada cuti umum bakal menanti mereka dalam tempoh terdekat.

Rata-rata meluahkan rasa ‘patah semangat’ apabila cuti terakhir mereka adalah sempena sambutan Awal Muharram baru-baru ini.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen tidak melepaskan peluang berseloroh dengan situasi tersebut yang dianggap sebagai ‘derita pekerja’.

“Kau ni kan… aku baru datang kerja, lalu macam ni, lemah balik,” kata Raa.

“Ingat saya seorang je fikir pasal ni. Esok mesti ramai ambil medical certificate (MC) hahaha,” seloroh Neslo.

“Aduh, belum Julai dah terasa lamanya. Aku dah target awal-awal nak ambil ‘annual leave’ (AL) bulan Julai dengan Ogos ni,” komen seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI