fbpx

Bot karam: ‘Vennpani anak tunggal, lama kami tunggu kelahirannya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vennpani

 

SUNGAI PETANI – “Lama kami tunggu kelahirannya dan hanya dalam sekelip mata cucu sudah tiada meninggalkan kami”. Demikian luahan sayu T. Panjawarnam, 68, nenek kepada V. Vennpani, 10, murid tahun empat yang maut dalam tragedi bot terbalik di perairan Pulau Perhentian di Besut, Terengganu malam semalam.

Insiden kira-kira pukul 10.30 malam itu turut meragut nyawa dua lagi mangsa yang merupakan kenalan kepada Panjawarnam iaitu S. Arumugam, 40, dan anaknya A. Sarrvihka, 3, manakala seorang penumpang dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut Panjawarnam, cucunya itu merupakan anak tunggal kepada pasangan M. Vijeya Raj, 40, seorang guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Palanisamy Kumaran di Sungai Division, Petani di sini dan K. Nalini, 39, pekerja kilang di Batu Kawan, Pulau Pinang.

“Saya kehilangan seorang cucu yang baik, mendengar kata serta periang selain dikasihi semua kerana dia merupakan anak tunggal. Cucu saya memang beria-ia hendak ikut ibu bapanya pergi bercuti di Pulau Perhentian bersama tiga lagi keluarga sempena cuti baru-baru ini dan mereka bertolak pagi Jumaat lalu dan sepatutnya pulang hari ini,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya Nalini di SP Height, malam ini.

Panjawarnam berkata, dia yang menerima berita sedih itu pada pukul 1 pagi tadi melalui panggilan telefon salah seorang mangsa yang terselamat dalam insiden itu terkejut dan hampir pengsan ketika dimaklumkan cucu yang belajar di sekolah sama dengan bapanya mengajar maut dalam kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI