PETALING JAYA – Seorang profesor dan pakar dalam bidang kejuruteraan mekanikal khususnya teknologi enjin dan kenderaan, Dr. Horizon Gitano berkata, proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia lebih mudah dan cekap berbanding di negara-negara lain.
Menerusi satu hantaran di TikTok oleh @Tekan Habis Podcast, beliau bagaimanapun hairan mengapa kurangnya proses R&D di negara ini walaupun mempunyai tenaga kerja yang cekap dan bijak.
Selain itu katanya, Malaysia juga mempunyai kemudahan logistik yang cekap berbanding negara-negara jiran.
“Kalau di Filipina dan kami memerlukan satu alat, kami perlu lintas Manila.
“Dengan RM6, barang boleh sampai esok. Memang cepat, ada ETS (Perkhidmatan Tren Elektrik) pula. Pagi tadi saya di Penang (Pulau Pinang), tengah hari saya sudah berada di sini,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, netizen memberikan pelbagai pendapat terhadap hantaran tersebut.
“R&D ni selalunya syarikat tak nak fokus sangat takut tak balik modal,” kata @Mind AssassinateTV.
“Memang betul Malaysia lebih sistematik dari segi ‘transportation’,” ujar @5111.
@tekanhabisOrang luar datang Malaysia sebab senang nak buat R&D. Dan mereka terkejut sebab…..? EP40: Dr. Horizon Gitano Hurai Prestasi Enjin melalui Ujian Dyno Ujian Dynamometer digunakan untuk mengukur prestasi enjin dengan tepat. Aplikasinya boleh digunakan bukan hanya untuk kajian saintifik, tapi juga untuk pemeriksaan kenderaan dan juga bantu gubal dasar kerajaan! Bagaimana Dr. Horizon Gitano boleh eksport ke serata dunia? Tonton episod penuh di YouTube, dengar di Spotify, Apple Podcasts dan platform kegemaran anda! Senarai siaran penuh di tekanhabis.my. Ada soalan, komen atau cadangan? Email kami kini dibuka di [email protected] #podcast #tekanhabispodcast #dynotest #performance #tuning