fbpx

Selangor FC atur aksi pramusim di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Selangor bakal mengharungi lima perlawanan di Thailand untuk aksi pramusim sebagai persiapan mengharungi musim baharu. - FB SELANGOR FC

PASUKAN Selangor FC turut tidak ketinggalan untuk mengatur aksi pramusim di luar negara selepas menjadikan negara jiran, Thailand sebagai destinasi pilihan sebelum tirai Liga Malaysia (Liga M) dibuka pada Ogos depan.

Jurulatih skuad Gergasi Merah, Katsuhito Kinoshi mendedahkan sebanyak lima perlawanan persahabatan telah diatur sekitar Bangkok untuk memastikan pasukan ada ramuan bagi terus mencabar saingan Liga M nanti.

Kinoshi berkata, aksi pramusim akan menjadi pentas terbaik buat pasukan menilai prestasi setiap pemain supaya sesuai dengan falsafah bola sepak yang cuba diterapkan musim ini.

“Pasti saya akan beri peluang kepada semua pemain untuk turun beraksi. Ini adalah peluang terbaik buat mereka buktikan kemampuan kepada barisan kejurulatihan.

“Setakat ini skuad masih belum sempurna dan kami perlukan masa. Jendela perpindahan sentiasa ada kejutan dan kita hanya tahu hasilnya (skuad penuh) selepas jendela perpindahan tutup nanti,” katanya.

Selain Selangor FC, juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) turut melakukan persiapan terbaik sebelum mengharungi Liga M apabila membawa barisan pemain Harimau Selatan terbang ke Sepanyol pada minggu depan.

Pasukan kendalian Xisco Munoz itu sudah mengatur dua aksi persahabatan bersama dua kelab ternama, Cardiff City yang beraksi di Liga Satu EFL pada 9 Julai dan pasukan La Liga, Levante UD (13 Julai).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI