fbpx

Pak Tam Ecer ditundukkan Cheri dan Rambai 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cheri (kiri) dan Rambai (kanan) mengiringi Pak Tam Ecer naik ke atas lori Perhilitan di Taman Agropolitan Rantau Manis, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seekor gajah jantan liar seberat dua tan yang dipercayai menyebabkan kerugian RM100,000 hasil tanaman di kebun penduduk Taman Agropolitan Rantau Manis dan kampung sekitar di sini berjaya dipindahkan hari ini.

Ketua Operasi Translokasi Gajah Liar Taman Agropolitan Rantau Manis, Mohamad Syazwan Fais Mohamad Rodzi berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil masa tiga jam untuk memindahkan seekor gajah jantan liar yang diberi nama Pak Tam Ecer.

Katanya, gajah bergading lengkap dengan ukuran tapak kaki 33 sentimeter ditangkap di kawasan kebun penduduk di Taman Agropolitan Rantau Manis pada Khamis lalu.

“Seramai 26 anggota Perhilitan Kelantan, Pusat Santuari Gajah Johor dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang terlibat dalam operasi memindahkan Pak Tam yang dianggarkan berusia antara 20 hingga 25 tahun.

“Dua ekor gajah denak iaitu Cheri dan Rambai dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah digunakan untuk memujuk gajah jantan liar,” katanya ketika ditemui di Taman Agropolitan Rantau Manis di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Taman Taman Agropolitan, Roslee Ibrahim berkata, kehadiran gajah liar itu bukan sahaja memberi kerugian besar kepada pekebun tetapi memberi ancaman keselamatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI