JAKARTA – Penduduk di Banjarmasin, wilayah Kalimantan Selatan digemparkan dengan penemuan berpuluh-puluh paku yang ditabur di atas jalan raya, lapor portal berita Tribunnews.
Penemuan itu berlaku di Jalan Pramuka hari ini.
Klip video kejadian yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @info_banjarmasin menunjukkan perakam mengutip paku yang bertaburan di tengah jalan.
Setelah diperiksa, paku itu bukan hanya sepanjang 3 sentimeter, malah kelihatan seperti baharu.
Masih belum jelas niat sebenar paku tersebut ditaburkan di atas jalan raya.
Rakaman itu mencatatkan lebih 102,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Nanti ‘abang towing’ datang 200 meter dari lokasi paku ditabur,” kata seorang netizen.
“Jalan dekat dengan bengkel, mesti pomen yang letak,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI