fbpx

Mokhtar Saidin dinobat Tokoh Maal Hijrah Kedah, bawa pulang RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mokhtar (tengah) di samping keluarga pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Tahun 1447 Hijrah di Wisma Darul Aman di Alor Setar, hari ini. 

ALOR SETAR – Tokoh akademik yang disegani dalam bidang arkeologi, Profesor Datuk Dr. Mokhtar Saidin dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 1447 Hijrah hari ini.

Sosok utama perintis kepada penemuan Tamadun Kedah Tua yang bertapak di Sungai Batu, Lembah Bujang ini semenjak kurun kelapan sebelum Masihi itu menerima anugerah berkenaan daripada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Mokhtar, 62, ketika ditemui memberitahu, beliau agak terkejut dengan penganugerahan tersebut namun menganggap ia satu pengiktirafan dalam kerjayanya sebagai ahli arkeologi.

“Saya rasa ia sesuatu yang sangat baik untuk mengangkat tokoh akademik kerana bidang ilmu adalah asas kepada kemajuan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Tahun 1447 Hijrah di Wisma Darul Aman di sini hari ini yang disempurnakan oleh Sultan Kedah itu.

Pada majlis sama, Sultan Kedah turut berkenan menyampaikan Anugerah Masjid Terbaik Kategori Bandar kepada Masjid Jamek Badlishah, Yan dan dan Luar Bandar, Masjid Nurul Ehsan Kuala Ketil, Baling. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN