PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sarawak sehingga pukul 5 petang ini.
Menurut MetMalaysia, ribut petir dijangka melanda di Perak sekitar kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Hujan lebat turut melanda Pahang (Bentong, Bera dan Rompin), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) dan Kuala Lumpur.
“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di kawasan terjejas di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol manakala di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) dan Kapit (Song dan Kapit),” katanya. – KOSMO! ONLINE